Gunung Kinabalu via Timpohon Gate

Trip Kinabalu ni kira trip geli-geli sebenarnya.. Apa yang membuatkan NK teruja untuk memanjat Gunung Kinabalu kali ini adalah disebabkan kali ini NK dapat pengalaman melalui trek via Feratta.. OK cerita via Ferrata nanti NK citer lain plak. Ni NK nak cerita pengalaman NK naik melalui Timpohon Gate dulu.

Ini adalah pertama kali NK menginap kat Kinabalu Park, selama ini biasa NK menginap di Rose Cabin di Kundasang. Kat Kinabalu Park ni pun best jugak, Kami stay di Grace Hostel.. suasana dia suram-suram macam berhantu gitu.. tapi takde plak hantu.. kitaorang la kot hantunya.. memalam pun masih mengilai lagi.. Cuma kat Kinabalu Park ni nak ke restoran dia agak jauh sikit.. Nasib baik kitaorang ada transport sendiri.. kalau tak masakk nak menapak.. Tapi sebenarnya kat Kinabalu Park ni diorang ada menyediakan perkhidmatan van shutter secara percuma, kitaorang je saje gedik nak guna transport sendiri.

Pagi-pagi lagi kitaorang dah bangun, setting balik bag memasing, last check apa yang nak bawak ke atas. Digalakan jangan la bawak barang banyak sangat, sekadar bawa yang diperlukan aja masa dia atas sana nanti. Suasana pagi tu sangat sejuk kat Kinabalu Park ni.. Nak gi mandi pun kena pikir 436kali haha.. tapi don’t worry.. shower dia ade heater.. Tapi tetaplah kan sejuk jugakk… hahaha..

Cuaca di pagi itu sangat baik sekali, permandangan Gunung Kinabalu dari Kinabalu Park agak clear tanpa kabus, dan kitaorang apa lagi.. posing-posing laa berlatar belakang Gunung Kinabalu.. Harapan kami pagi tu agar cuaca baik-baik je..

Dalam pukul 7.30 pagi kami berkumpul di depan reception untuk mendengar briefing dari pihak Kinabalu Park berkenaan procedure mendaki Gunung Kinabalu.. Segala pantang larang kena la ikut.. tempat orang kena la jaga kelakuan tu..

Kami di bawa ke starting point iaitu Timpohon Gate menaiki van. Siap-siap maka bermulalah pendakian kami berlima. Ini kali ke 3 NK memanjat gunung Kinabalu ni melalui Timpohon Gate.. Suasana kelihatan sama saja macam masa NK panjat melalui Timpohon Gate dulu-dulu, nyaman, segar dan masih cantik lagi laluan Timpohon ni. OK la layan kan je la gambar-gambar yang NK letak sini.. Takde mende sangat nak cerita sepanjang jalan kat laluan Timpohon ni.. Gambar pun tak berapa nak banyak.. kitaorang rushing nak kejar masa untuk sampai ke Labar Rata sebelum pukul 4 petang sebab nak kejar taklimat untuk Via Ferrata di Pendant Hut.

Sepanjang pendakian dari gate, view memang superb dengan hujan renyai-renyai kejap-kejap, kabus pun kejap ada kejap takde.. tertiba masa NK sampai kat pondok Paka yang tinggal dalam 0.5km je lagi nak sampai Laban Rata, tertiba hujan turun dengan lebat ya amat.. Merasa menepek la sensorang kat pondok Paka tu.. Badan pun dah semakin sejuk.. Maka sebelum NK kekejungan kesejukan kat pondok Paka tu baik NK redah je hujan tuu.. at least kat Laban Rata tu nanti NK bleh tukar baju kering.. Tengah redah hujan bukan semakin reda, tapi semakin lebat pula, langkah makin laju, nafas dah bunyi mcm serombong kapal.. akhirnya NK kecundang kat Waras Hut. Tunggu lah NK kat Waras Hut sehingga hujan reda.. Masa ni sejuk menusuk rasa sampai ke tulang dah.. rasa cam nak mintak peluk je.. ehhh.!

Bila hujan dah reda, NK sambung balik mendaki.. Kami satu group sampai ke Laban Rata dalam pukul 3.30 petang… Sampai Laban Rata sesiap nak ke Pendant Hut pulak untuk briefing Via Ferrata.. hahahahaha.. nampak tak kesengsaraan kitaorng yg rushing kejar masa.. Tapi kira ok laa.. janji puasss….

Abis briefing Via Ferrata kitaorang turun balik ke Laban Rata, tunggu group kitaorang satu lagi yang melalui trek Mesilau sampai.. Time ni sampai ke dinner pun diorang tak sampai lagi.. tunggu punya tunggu, pukul 8 malam baru diorang sampai.. Sian gak.. dah la kena jalan malam, hujan lebat plak tu.. Yang penting semuanya selamat sampai.. Malam tu semua tido awal.. ye la pukul 2 pagi nak kena get ready untuk menuju ke puncak gunung Kinabalu pulak.. OK la nanti NK sambung entry menuju puncak lak.. tak larat nak menaip berjela-jela.. hehehehe..

Next: Menuju Puncak Kinabalu

Meh la komen..