Songkrun 2016: Seronok Main Air

Songkran adalah diantara pesta paling meriah di Thailand. Walaupun NK dah banyak kali jejak tanah Thailand ni, tak pernah sekali pun NK join festival Songkran. Tiap tahun plan nak join.. tapi semuanya kecundang.. Ok takpe la.. maybe di tahun lain NK akan bersempatan join festival air paling meriah ni.

Untuk 2016 ni NK tak perlu la nak plan bagai untuk join Songkran ni kat Thailand. Sebab kat Malaysia pun dah ada Songkrun, pesta air seumpama Songkran di Thailand dan acara ini berlangsung di Sepang F1 International Circuit pada 3 April 2016 yang lalu. Acara ini adalah larian 5km fun run sambil lari sambil simbah air kat orang lain.. bukan sambil lari, sambil siram pokok tepi jalan tao.. hahahaha

Macam biasa pepagi NK dah sampai kat Sepang F1 International Circuit.. Kali ni NK polow geng amoi-amoi zumba.. hahaha… Diorang ni semua memang kepala sempoi.. Memasing pun kepala masuk air. NK sorang je hero untuk kali ni punya fun run.. Hero-hero yang lain semua busy time tu kot… ada gak yang dah register tapi tak dapat datang.. so layankan ajee laaa…

Sesampai kena pergi register pasal kitaorang semua register package sekali ngan pistol air.. Takkan la nak simbah air pakai gayong mandi kan..

Oh yer acara Songkrun 2016 5Km Fun Run ini ditaja oleh Biotherm & main sponser oleh Daikin. Terdapat juga penaja-penaja besar yang lain yang menaja acara ini. Kira bukan kecik-kecik jugak la kan.. Walaupun ini adalah pertama kali acara seumpama ini diadakan di Malaysia. Bravoo!! kepada penganjur.

Untuk menjadikan acara ini makin menarik, di setiap 1km mempunyai tema dan zone muzik tersendiri seperti Water Shower – Ice Experience – Fire Brigade dan last sekali The Wet Party di penghujung larian.. hahaha.. seronok kan?

Tembak abang bomba…. Haha.. kat sini korang boleh tembak sesiap pun.. walaupun orang tu organizer atau polis bantuan kat sini.. dah namanya Songkran.. lantak pi laa ko nak simbah air kat siapa kan.. Tapi terkilan lak bila kita tertembak photographer.. Dah kena marah.. Tapi fikir-fikir balik.. dah tao ko nak kena kerja kat tempat yang banyak air.. kenapa ko tak protect kemera ko tu.. kan kan kan..

Sementara menunggu acara bermula.. reload air / test tembak orang lain dulu.. Time ni dah meriah.. punya la ramai orang.. Ko reload jer air pastu terus tembak orang.. Belum start acara lagi ko dah lenjun basah kuyup.. Tu blom lagi abam-abam bomba simbah air pakai hos air tu.. terus hujan lebat..

Pagi tu acara bermula agak lewat sikit… tatao la kalau ada anak VVIP yang bangun lewat ke atau toke organizer lupa pagi tu ada event.. hahaha.. Tapi apa-apa pun semua orang still enjoy menembak antara satu sama lain.. Bila acara bermula NK rasa ini bukan acara larian.. tapi acara perarakkan bersenjata.. Kebanyakkan peserta catwalk je sambil memperagakan pistol memasing.. hahaha.. Tu belum yang dok selfie lagi tu.. macam NK laa.. ngeee..

Zon yang ke berapa tah ni.. kat sini paling meriah.. Memang semua orang akan basah lenjun punya laa.. Siap ada yang buat ice bucket challenge.. Tak bergegar tulang sumsum ko bila ko disimbah ngan air ais yang sejuk.. Seronok weii..

Bagi NK, Songkrun 2016 5km Fun Run ni kira ok ok je laa.. sesuai untuk enjoy dengan rakan-rakan korang.. Tu belum lagi yang jumpa kawan-kawan baru.. Peserta semua pun sporting jee.. Cuma nak kena ada penambahbaikan dari segi pengurusan.. Zone untuk muzik tu kalau boleh sepanjang trek larian tu biar ada speaker besar.. baru la syokk.. Untuk yang kaki tegar marathon memang tak sesuai la ngan acara macam ni.. Nanti korang akan rasa meluat pulak.. lelagi lepas dapat medal.. Hahaha.. Malas la nak komen pasal medal.. Itik gembo-gembo sangat medal dia..

Ok la jumpa lagi di Songkrun 2017 pula yer..

Meh la komen..