Sambut Hari 1 Malaysia di Bukit Apek @ Saga, Cheras

Kegila bila kaki dah lama tak memanjat memana gunung apatah lagi bukit.. Bila berkesempatan NK akan ikut jua apatah lagi jika tempat yang dituju itu hanya di belakang rumah.. Dah jangan nak poyo sangat..

Alkesahnya sebelum ni NK tak tahu menahu pun kat area Cheras ni ada tempat yang menarik untuk dipanjat.. Atas pelawaan Kak Aida (Mak hayam NK sejak dulu lagi untuk aktiviti masuk dalam hutan) ajak NK panjat Bukit Apek ni.. Whattt?? Bukit Apek.? Takde nama lain ke nak kasi nama bukit ni.? Sebenarnya bukit Apek ni adalah bukit Saga… ala kat taman Saga , Cheras tu..

Sebelum NK cerita lebih skit.. mehh layan video ni.. video kami feat. Kak Aida

Amacam? Sengal tak Kak Aida.. hahahaha..

G0011975

Sebenarnya NK lupa nak snap starting point ke trek Bukit Apek nih.. Tapi yang NK tahu, kitaorang masuk dari Taman Cheras Awana. Kalau tak tahu gak kat mana Taman Cheras Awana.. Kat last entry ni NK ada masukkan map area Bukit Apek ni.. Pepandai korang la yer cari.. hehehehehe…

G0022007

Kalau nak ikutkan trek kat Bukit Apek ni banyak turun naik… kalau dah turun.. mencanak je turunn.. kalau dah memanjat naik.. mencanak dia kasi.. tapi blom tahap lutut cecah dada lagi.. so memang recommended dari NK untuk sesiapa yang nak mencuba sukan mendaki ni boleh la kesini untuk tranning.

G0032098

Keistimewaan Bukit Apek ni.. ada natural gym.. ko panjat la gunung ganang mana pun.. tak akan jumpa gym dalam hutan.. tapi disini adaa.. bersepah dumbel, monkey bar dan segala macam laa ada kat sini.. kalau nak feeling-feeling bawang putih bawang merah pun boleh.. pasal ada buaian gak kat sini.. Tak caya gi panjat sendiri.

GOPR2053

Kebetulan masa plan nak kesini adalah cuti Hari 1 Malaysia.. memasing bersemangat sambut Hari 1 Malaysia, siap bawak bendera bagai.. Dan seperti biasa kalau time cuti memang ramai ler umat yang ada kat sini.. Walaubagaimana pun sepanjang trek di Bukit Apek ni memang bersih. Terima kasih kepada mereka yang mengekalkan kebersihan di Bukit Apek ini..

GOPR2064

GOPR2101

Jangan tak caya, kat Bukit Apek ni pun ada beirut.. Tapi NK lupa plak apa nama puncak ni..

GOPR2107

Sesambil menikmati permandangan dan udara segar jangan lupa meng-selfie-kan diri yerr.. 🙂

GOPR2138

GOPR2151

Satu lagi yang menarik kat Bukit Apek ni, terdapatnya sungai yang cantik. Tak sangka kat Cheras ada lagi sungai yang menarik macam ni. Cuma nak menapak ke kawasan air sungai ngan air terjun ni agak semput sikit.. turun naik turun naik tak sampai-sampai lagi.. tapi bila dah sampai memang rasa bebaloi sangat la..

GOPR2164

Kesimpulan yang boleh NK katakan pasal Bukit Apek ni.. Tempat ni memang sesuai untuk beriadah untuk orang yang susah sangat nak keluar dari Kuala Lumpur. Pada yang pertama kali ke sini pun tak la susah sangat pasal di sempanjang trek telah di mark dan di setiap simpang ada tanda arah. Kepada yang ingin mendaki Bukit Apek ni.. diucapkan selamat mendaki.. Sila jaga kebersihan trek naaa.. hehehehe..

 

Meh la komen..