Salam Aidilfitri 2016

Assalamualikum semua..

Dikesempatan ini, NK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan, pengunjung & silent readers nawked.com (ada ke??).. Salam Aidilfitri juga istimewa buat semua yang mengenali NK sama ada pernah bersua muka atau belum pernah berjumpa..

NK dengan rendah diri (sedar memang diri ini rendah), ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan, kekurangan dan kekasaran yang telah NK lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. ampun dan maaf sekiranya ada tutur kata dan kelakuan yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan sesiapa sahaja..

0-0

Untuk setiap kata yang tak terjaga, Hati dengan prasangka,
Janji yang tak terpenuhi, Kesalahan yang sengaja, Hilaf yang tak disangka… Maafkan manusia yang tak sempurna ini…
“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin”

-Nawked

 

Meh la komen..