Paragliding, Bukit Jugra

Ini adalah salah satu pengalaman yang berharga untuk NK mencuba iaitu sukan udara paragliding.. Sebelum ini NK tak pernah terfikir nak buat sukan yang jenis terbang tinggi, disebabkan NK ni boleh tahan gak tahap kegayatan di tempat tinggi.. lelagi yang jenis terbang melayang ni..

Ini semua bermula dengan officemate NK yang kenalkan NK kat satu group yang ada anjurkan sukan paragliding kat dalam facebook Ecotrip Adventurous.. Dengan selamba je NK register jadi ahli group diorang ni.. Free je pun untuk register jadi ahli hehehe..

OK done register.. buat bayaran bagai semua untuk join paragliding ini.. maka masa yg ditunggu-tunggu akhirnya tiba.. Untuk group paragliding NK ni diorang buat kat Bukit Jugra, Banting. Maka pagi yang ditunggu-tunggu tu NK pun drive la sensorang ke Jugra berpandukan Google Maps.. Merasa tak pernah gi sana.. Ikut je telunjunk Google Maps ni.. Tah mana-mana jalan tah dia tunjuk.. Tak kesah la janji sampai..

Nak cerita panjang-panjang pun nanti korang bosan baca plak kan.. So apa kata layan video NK terbang ni.. Jangan kutuk yer.. Muka NK bila teruja memang macam tu.. Kejung je.. Ok la layankan jeee…

 

Haip!!! Jangan nak gelakkan kan kita yer.. Ok sambung cerita balik…

GOPR2487

Selfie dulu sebelum terbang.. Masa ni neves nak mampos.. dah la sesampai je NK jadi orang yang pertama dalam group NK ni terbang.. Kelebihan untuk jadi orang yang pertama.. Takde la nak kena tunggu lama sangat.. Disebabkan angin kat Bukit Jugra ni segan-segan nak bertiup maka pogram pukul 10 tertunda sampai pukul 12.. ko rasa apa perasaan dok menunggu ni…? Tapi bagi NK kira ok la untuk aktiviti yang berpandukan cuaca alam sekitar ni..

G0012490

OK dah start pakai harnes.. yang NK pakai tu harnes untuk tandem.. Untuk 1st timer macam NK ni takkan la nak terbang solo kan.. ko gilo.? Ada la guide kat belakang yang bawak NK terbang.. So yang bawak NK terbang ni adalah abang Amin dari Borneo Paragliders.

G0032494

Bukan senang yer nak take off ni… memacam hal kena tengok.. Tahap ke-neves-an pun kena jaga gak.. silap-silap masa take off tu kau meracau pasal kecelaruan otak yang berhubung dengan keinginan.. Baca la segala doa.. semoga penerbangan ini selamat hendaknye.. Masa nak take off tu korang kena lari ikut arahan tandem… lari sampai terbang.. hahahaha..

G0032495

Bila dah start terbang masa ko jerit sepuas hati… sebab ko dah terbang.. lol

G0032497

G0032504

G0032509

G0032510

G0032518

Nah NK belanja sikit gambar view dari atas langit…

GPR00325011

Bila orang tanya, apa perasaan terbang kat udara.. NK pun takleh nak jawab macam mana perasaannya.. NK rasa freedom bila kat atas tu.. sambil layan neves sambil layan permandangan yang luas.. Kalau korang nak rasa, korang try ler sendiri.. Sesiapa pun boleh buat benda ni..

G0032538

Bila nak landing ni pun agak kecut perut.. Bila Tandem brekk paragliding tu rasa kencang jantung ni.. hehehehe… Tapi NK landing dengan selamat tanpa ada adengan landing yang dramatik.. hahah (banyak beb landingan yang dramatik). Landingan NK ni disambut dengan bungan api.. (tipu je) Laungan dan tepukan gemuruh dengar dari kawan-kawan yang sedang menunggu di bawah.. Maklumlah kita ni orang pertama dari dalam group yang terbang kan.. Maka tersengih sengih je laaa… Tanpa kata-kata.. Sebab dah puas kot..

Di sini NK nak berterima kasih bebanyak kepada semua yang terlibat.. Dari penganjur Ecotrip Adventurous Ejoy & Huda, kepada kawan-kawan yang baru kenal, Kepada guide dari Borneo Paragliders, terutama kepada abang Amin yang bawa NK terbang. Terima kasih bebanyak kerana telah mengrealisasikan dan membuat adrenaline NK ke tahap max untuk aktiviti Paragliding di Bukit Jugra ini.

Meh la komen..