Panjat Tangga Menara Kuala Lumpur lagi

Ini adalah tahun ke 3 NK join KL Tower International Towerthon Challenge dan Alhamdullilah NK dapat menghabiskan larian dengan cacatan masa yang ok ok jee kalau nak compare ngan cacatan masa yang dulu.. Walaupun budget dan konfiden nak buat bawah 30 minit.. Bila dapat offical result bummbb.. telebih 2 minit plakk.. haiyakk..

KL Tower International Towerthon Challenge ini adalah acara sukan tahunan yang diadakan di Menara Kuala Lumpur. Larian ini bermula dengan berlari sepanjang 1km menaiki bukit menuju ke pintu utama Menara Kuala Lumpur dan memaksa kaki ini memanjat sebanyak 2058 anak tangga menuju ke tingkat tertinggi Menara Kuala Lumpur iaitu setinggi 283 meter dari ground level. Ok part tangga tu memang azab..

Tadaaaa.. ini jer gambar yang sempat NK snapp.. haha takde gambar lain dahh.. tak mampu nak selfie sambil memanjat tangga. next time kalau NK join lagi NK akan upah photographer yerr.. kekeke poyo je..

Ok kat sini NK nak kongsi catatan masa dari memula NK join KL Tower International Towerthon Challenge sejak tahun 2013

2013 – Time ni masa memula NK join.. tapi masa ni NK dalam katagori staff TM.. matiler kantoi yang kita ni staff TM ahaks.. Virgin lagi time ni.. masa nak register pun fikir 4-5 kali.. Catatan Masa: 00:49:57:00

2014 – Ni pula masa kali ke-2 join.. Masa time ni NK dah pasang strategik macam mana nak abiskan larian je.. takde fikir nak target timing pun… apa yang kat dalam kepala otak time ni ialah janji sampaii.. So ada la part-part sampai merangkak nak panjat tangga tuu.. hehehe… Catatan Masa: 00:41:57:73

2015 – Ni yang last sekali.. Sebenarnya takde nak target time sangat pun.. Masa NK naik tangga tu bila tengok jam, budjet macam boleh abiskan dalam masa bawah 30 minit..  Tapi bila tengok kat offical time jadi 32 minit.. So kena cuba lagi tahun depan.. Catatan Masa: 00:32:39:02

Selama 3 tahun join event ni adalah pencapaian dari segi masa.. dari memula masuk ranking yang ke berapa ribu tahh.. Sekarang dah dalam kelompok rangking 700.. rerasa tahun depan bleh tak masuk ranking 500 pulak.. Kita cuba lagi tahun depan..

Meh la komen..