Panjat balik Gunung Irau

Dalam banyak2 gunung, gunung Irau di Cameron Highland antara gunung yang banyak kali NK panjat.. Tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni NK tak kesampaian untuk memanjat gunung Irau.. Dulu-dulu NK biasanya buat daypack je.. Pernah la sekali dua tidur di puncak.. Itu pun kalau rajin nak mengangkut air..

Dalam 2 tahun ni banyak cerita-cerita yang NK dengar dari geng2 gunung berkenaan gunung irau ni contohnya seperti trek hancur, kereta yang parking di Gunung Brinchang kena pecah dan macam-macam lagi laa.. So NK fikir nak ke gunung Irau ni kena fikir 2-3 kali.. Tu yang sampai 2 tahun tak jejakkan kaki di gunung Irau.. Hehehe OK tak kasi alasan macam ni?

Tertiba akak sado Idot ajak panjat gunung Irau.. Tapi kali ni kami tak park kereta di puncak gunung Brinchang.. Ini kali kitaorang park kereta kat sekolah di area Brinchang dan naik ke gunung Brinchang mengunakan powil (4Wheel). OK la NK pun jenis ikut jee.. Janji kereta selamat tak kena pecah kan.. Kami plan tidur di puncak untuk trip kali ni.. Lagilah NK suka.. cuma tak suka nak angkut air jeerr… hik hik hik..

Line up kali ni 10 orang semuanya.. Kami start panjat dalam pukul 9pagi.

Banyak juga la perubahan yang ada kat starting point ni.. Sign kat belakang NK tu pun NK tak pernah nampak sebelum ni.. Gila nak nampak? dah 2 tahun tak naik sini… Tapi NK agak impress ler ngan segala perubahan yang ada.. Kereta yang park kat situ pun makin banyak.. Tak macam dulu-dulu..

Dari Starting point laluan tangga sehinggalah menjejakkan kaki ke tanah semula.. NK mula posing-posing depan kemera.. hehehe.. Tapi NK lupa plak yang sebenarnya NK ada bawak GoPro.. Motip sangat kan lupa..

Sepanjang NK berjalan dari starting point ke anak Irau, NK rasa trek dah tak macam dulu-dulu.. Gunung Irau ni bagi NK adalah salah satu gunung yang mampu merosakkan kasut.. lumpur di sini di tahap extrime.. Pernah dulu NK punya kasut tercabut tapak kat gunung ni.. NK pakai Hi-Tec masa tu.. Tapi nasib baik la masa nak tercabut tu NK dah nak sampai kat starting point area tangga tu..

Tapi sekarang NK rasa trek gunung Irau ni macam kering plak.. Takde pun lumpur-lumpur jahatt.. Yang ada pun celah-celah gigi jee bleh elak hahaha.. Cuma akar kayu dia makin tinggi.. NK rasa trek kat sini makin mendap ke dalam disebabkan ramai orang masuk ke sini.. Tu yang geng2 gunung cakap trek gunung Irau ni dah rabak kott.. ehh lantak lerr.. tu pandangan NK jer..

Macam biasa bila dengan bebudak Or.Gu ni kita orang memang jalan santai je.. sampai kat anak Irau tengok macam ramai orang.. So kitaorang lepak lama sikit kat anak Irau.. Tunggu mereka² yang daypack gerak dulu ke puncak Irau.

Kitaorang bernasib baik sebab tak ramai yang bermalam kat puncak Irau.. Masa NK sampai kat puncak pun dah tak ramai orang kat puncak.. So apa lagi kitaorang pun conquer la tempat.. hehehe.. Tapi lepas bukak fly, makin ramai plak yang sampai ke puncak dan ingin bermalam di puncak.. Maka jadi lah kawasan setinggan sementara kat puncak tu.. Tapi yang penting meriah.. yai yai yaii..

Line up Or.Gu semua.. bergambar depan signboard memang wajib.. Time wefi ni kitaorang dah nak turun dah..

Apa yang menariknya dekat gunung Irau ni ialah landscape hutan dia.. Lebih dikenali dengan Mossy Forest.. Korang leh feeling² berlakon dalam cerita Lord of The Ring.. Lumut² kat sini cantik².. Kalau ada kabus lalu tu rasa seram jee.. Tapi semuanya cantik belaka..

Akhirnya NK sampai ke starting point dalam pukul 2 lebih.. Jalan menonong jeee..

Macam biasa gak kalau ke gunung Irau.. NK akan singgah kat ladang teh Sg Palas ni untuk bergambar.. OK la sampai sini je la erkk.. tak larat tengok entry ni simpan lama² dala draf.. hehehe..

Meh la komen..