Menuju Puncak Kinabalu

Seawal jam 2 pagi NK dah bangkit dari tido-tido ayam.. tidur NK tak berapa nak lena.. disebabkan kepala asik membayangkan macam mana NK nak mengejar masa untuk sampai ke puncak Low’s Peak dan turun semula ke Sayat-Sayat sebelum jam 7 pagi untuk buat Via Feratta pula.. Ye la kita ni bukan nye laju nak memanjat… lelagi mengikut pengalaman NK sebelum ni.. ngam-ngam matahari terbit baru la NK sampai ke puncak.. tu blom snap ambik gambar lagi.. nak posing-posing atas puncak lagi..  So NK redhoo je laa.. Kalau terlepas tu anggap bukan rezeki nak buat Via Ferrata lerr…

Pagi tu NK sesiap.. kali ni NK pakai baju berlapis-lapis macam kek lapis.. Sebabnya suhu kali ni macam sejuk semacam.. Mungkin sebab hujan semalamnya.. Sesiap turun gi sarapan dan tunggu untuk breafing dari guide sana..

Posing reramai sebelum memulakan pendakian ke puncak.. time ni rasanya dah jam 3 pagi.. Kami antara group terakhir yang memulakan pendakian.. OK la tuu.. kitaorang memang suka lambat-lambat.. ahaks..

Sepanjang pendakian dari Lagadan ke Sayat-Sayat.. NK malas nak kuarkan kemera.. menonong je jalan.. cuaca sangat sejuk.. dan sesetengah tangga kayu ada yang beku.. So memang kena alert dan berhati-hati semasa melangkah..

Haaaa… dah 3 kali NK panjat gunung Kinabalu ni.. ini lah pertama kali NK dapat pegang ais di lopak-lopak air sepanjang pendakian ke Low’s Peak.. teruja gilaa..

Tadaaa.. akhirnya sampai jua NK ke puncak Kinabalu.. titik tertinggi Low’s Peak untuk kali ke-4.. feweettt..!! Punya la ramai manusia kat atas puncak ni.. Masa nak naik tu pun terpaksa ngelak-ngelak orang lain.. Kengkadang terpaksa tunggu lama untuk ambik gambar kat puncak Low’s Peak ni.. nak kena ikut giliran.. so beratur je laa.. Memacam perangai orang ada kat atas tu.. Ada yang dah snap gambar sampai tak sedar diri pun ada.. buat tarian singa kat puncak pun ada.. so.. kena la banyak bersaboo… kalau tak penyabarr bleh bawak gadohh woo…

NK tak boleh lepak lelama sangat kat puncak Low’s Peak.. ada la dalam 15 minit je kat atas tu… NK kena turun kejar masa untuk sampai ke Sayat-Sayat dalam jam 7 pagi untuk buat Via Feratta pulaa.. Kalau NK tak sampai NK kena tinggal..  Hahahaha.. Merasa NK berlari turunn..

Alhamdullilah NK sampai awal kat Sayat-Sayat… Ok la nanti NK sambung cerita pasal Via Feratta pulak nantii OK…

Next: Gunung Kinabalu Via Ferrata

Meh la komen..