Gunung Nuang via Janda Baik, Janda tak berapa nak baik uols…

Bagi NK Gunung Nuang adalah antara gunung yang popular di kalangan pendaki tegar dan yang baru berjinak-jinak join aktiviti mendaki ni.. NK sendiri pun dah tak terkira berapa kali dah menawan puncak Gunung Nuang ni.. Tetapi itu melalui trek Pangson. Untuk via Janda Baik ni untuk NK adalah pertama kali.. Lelagi NK sekarang sudah lama tak mendaki gunung yang tinggi-tinggi ni.. Kita sekarang main bukit-bukit je uols.. dah tak larat nak panjat tinggi-tinggi ni dahh..

P1011758

Starting point melalui kebun menyusuri trek yang agak membosankan.. NK dah givap dah sebenarnya masa lalu trek ni. Dari jalan kat depan terus jadi yang paling belakang sekali.. macam biasa slow-slow je jalan.. Bagi NK trek permulaan di kebun macam ni memanglah sangat memenatkan.. peluh dah menitik-nitik laju.

P1011760

Take5 yang pertama kitaorang masa sampai kat pondok belakang tu.. Jap tu pondok ke rumah orang asli eh.? NK dah pewai timeni,  malas nak investigate.. hehehe.. NK ngan Idot wat tanda bagus tu pun pasal tamau orang tengok kitaorang pewai.. mukekekekeke… padahall.. memasing dah terjelir-jelir lidah dah…

P1011765

P1011768

Beza trek Janda Baik ni ngan Pangson memang la sangat ketara.. Kalau Pangson ko givap ngan trek balak.. Ikut Janda Baik ko akan givap ngan trek kebun orang. Tapi trek Janda Baik ni lebih pendek dari trek Pangson. Mungkin time ni NK dah lama tak memanjat, maka NK jadi kemalasan nak angkat kaki.. biasanya bila time memanjat NK biasa jee.. tapi kali ni rasa cam hazab plakk.. ahhh alasann sangatt…

P1011769

P1011770

P1011771

Macam biasa.. Kita-kita yang jalan paling last sekali ni kalau tak posing-posing depan kemera memang tak sah..

P1011778

P1011790

Masa ni dah sampai kat area sungai.. Rasa macam nak lepak kat sini jee.. Biar lah diorang je panjat sampai atas.. Nampak tak NK punya givap macam mana..? Hehehehe.. Kepada yang blom pernah panjat Nuang via Janda Baik ni dan ada hati nak panjat.. Jangan givap awal-awal masa baca penulisan NK ni.. Trek dia takde la susah sangat.. Cuma NK je yang mental lama tak memanjat.. memang agak mengah lerrr..

Givap, givap gakk… akhirnya NK heretkan la jugak kaki NK ni terus mendaki..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Lepas melepasi kawasan sungai tadi.. Masa time menyusuri trek mencanak lutut cecah dada atau merangkak umpama biawak memanjat.. Trek akan menjadi mencanak selama beberapa jam.. GIVAPPPP lagii…… Time ni NK rasa macam nak patah balik jeee.. Tapi NK akan jadi gila kalau NK patah balik.. Kira dah separuh jalan tuu… OK la NK slow-slow je transform jadi biawak.. macam biasa bila berselisih ngan orang lain NK akan buat-buat stedy.. padahalllll jantung cam nak meletup je rasa… lakonan kena mau mantapp.. memek muka kena maintain.. baru orang respectt…. puihhh!

P1011845

P1011853

Yeyy… Akhirnya sampai pun ke puncak.. Berjaya jugak NK mengheretkan kaki NK ni sampai ke puncak Gunung Nuang. Macam NK cakap awal-awal tadi.. Gunung Nuang memang antara gunung yang popular bagi pendaki di Selangor dan Kuala Lumpur. Kat puncak punya la ramai pendaki lain.. Bila pendaki Pangson bergabung dengan pendaki Janda Baik.. Ko rasa Janda tu baik ke tak.? Hahaha NK gurau jeee.. Tapi sememangnya puncak penuh time NK sampai.. Pssstttt… Nampak sangat NK lambat sampai ke puncak.. Hehehehe whateevverrr..

P1011884

Bagi NK, memanjat Gunung Nuang melalu trek Janda Baik ni takde la sehazab macam panjat melalu Pangson.. Trek Janda Baik lebih pendek, jimat masa, bleh wat daypack tanpa risau terlajak malam (tapi make sure bawak gak la headlamp takut terlajak atau ada emergency). Trek lepas sungai mencanak-canak dan korang akan mencarut-carut kat dalam hati memasing.. Jangan lak korang carut kuat-kuat.. bikin malu je nantii.. Ingatttt… lakonan kena mantappp..

Kepada yang 1st timer nak memanjat via Janda Baik ni, jangan la percaya sangat apa yang NK bebelkan.. hazab la, lutut cecah dada la, tobat laaa… NK cuma tulis apa yang NK rasa je masa panjat hari tuu.. Kalau korang cukup trainning, cukup tido, kesihatan terjaga. Insyallah mesti bleh sampai ke puncak punyaa.. Apa-apa pun NK ucapkan semoga berjaya yerr..

Meh la komen..