Gunung Kinabalu Via Ferrata

Apa itu Via Ferrata? Via Ferrata adalah bermaksud laluan besi dalam bahasa Itali. Ini adalah pengalaman pertama kali NK cuba Via Ferrata kat Gunung Kinabalu.. Berkali panjat gunung Kinabalu baru nak try.. hehehe.. at least try sekali seumur hidup… ok la kann.. Via Ferrata kat gunung kinabalu ni diuruskan oleh Mountain Torq. Terdapat 2 pilihan route iaitu Low’s Peak Circuit & Walk The Torq. NK n the geng memilih Walk The Torq sebab route nya lebih singkat dan harga lebih murah.

OK untuk melakukan Via Ferrata kat gunung Kinabalu ni ada syaratnya.. Tak susah pun.. senang jee… Pendaki hendaklah sampai ke Laban Rata sebelum pukul 4 petang.. maknanya tak bleh la nak terkedek-kedek jalan dari Timpohon Gate tu.. Ini adalah kerana pengurusan Mountain Torq akan buat briefing sharp pada pukul 4 petang.. Tempat briefing adalah di Pendant Hut.

Bayaran juga boleh dilakukan selepas briefing.. NK tak pasti harga mereka berubah-ubah atau sama.. Kalau kat gambar, itu lah harga yang NK bayar untuk mencuba Via Ferrata ni..

Semasa briefing diorang akan ajar cara memakai dan pengunaan helmet, harnesses & tali untuk keselamatan.. Memula macam pening gak.. tapi bila dah test berkali-kali senang jee.. yang penting practice make perfect.. gishuuu.. Briefing ni mengambil masa dalam 2 jam.. Selepas briefing tunggulah masa yang ditunggu-tunggu iaitu jam 8 pagi kebesokan harinya. Meet point adalah di Sayat-Sayat.

Macam NK pagi tu naik ke Low’s Peak dulu pastu turun balik ke Sayat-Sayat untuk buat Via Ferrata ni.. Kepada mereka yang malas nak naik Low’s Peak, korang bleh tunggu terus kat Sayat-Sayat.. tak yah naik Low’s Peak pun takpe.. Tapi tak dapat la sijil kaler sampai puncak kinabalu.. hehe..

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.. Masa untuk beraksi.. Dari Sayat-Sayat NK dibawa ke starting point.. Time ni dah nebess ya amatt dah nii.. Pukulan gendang dalam jantung dah mengila dah time ni.. Penat turun dari Low’s Peak pun tak reda lagi.. Sesampai starting point terus NK nak pitam tengok 1st route dia.. hampir 90 darjah menurun.. gayatttt.. Kalau nak tarik diri time ni dah tak bleh dah.. rugi plak pasal dah bayar kan.. So kita teruskan je la niat kita yang tak seberapa nak niat nihh…

Kat starting point instructor akan kasi briefing lagi sekali.. Ye la mana la tao ada yang lupa cara nak guna harnesses kan.. Sebagai langkah keselamatan korang dengar la cakap instructor.. Jangan buat benda yang bukan-bukan.. kalau ko gayat.. ko transform diri ko jadi sister ngesot.. mengesot la ko sampai bawah.. hahaha..

Ok la sampai sini je la kot info yang leh NK kongsikan.. yang lelain leh usha gambar je la erk..

 

Meh la komen..