Bukit Tabur Far East & Xtreme

Ok la.. Rasanya ramai yang dah tahu pasal Bukit Tabur Far East & Xtreme ni… Cuma NK je kurang tahu pasal Far East & Xtreme ni… Tertiba aja ada orang ajak panjat.. Dulu-dulu masa rajin hiking ni biasa pergi West je.. yang tu je kot yang paling senang.. tapi West la yang paling banyak tragedi berdarah (kes orang jatuh).

Ikutkan hati memang dah malas nak panjat Bukit Tabur ni.. lelagi lepas banyak kes orang jatuh gaung.. makin susah nak masuk secara haram… Tapi bila fikir-fikir balik, dah alang-alang pernah panjat West & East.. baik NK abiskan semua koleksi Bukit Tabur ni ( West, East, Far East & Xtreme + Extra = Graduation Tabur) sekurangnya dapat gak merasa hahaha.. tul tak..?

So kejadiannya berlaku 27/9/14, lokasi perjumpaan kat food court Melawati, jumpa kat situ sebab senang nak buat polis report kot.. Dalam kul 8.30 kitaorang gerak ke Kemensah. NK google.. ada banyak jalan masuk.. tatao lak yang mana satu jalan yang rasmi.. maklumlah kita ni 1st timerrr… kita follow jee.. Secara rasminya kitaorang start jalan pukul 9 lebih ikut Kemensah trail.

Dalam 40 minit yang pertama, jalan tu tak la susah sangat.. pasal ikut jalan kebun orang.. cuma bosan sikit la.. nasib baik cuaca pagi tu suam-suam kuku.. Kalau terik mesti NK dah patah balik tunggu kat Kemensah jee.. hehehe.. Time jalan kat kebun ni NK lupa plak yang NK bawak kemera.. So takde la gambar kebun-kebun orang ni..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Take 5 sebelum masuk trek hutan.. time ni baru la perasan rupanyan NK bawak kemera.. ahaks.. By the way, trek ni banyak simpang.. Kalau ada orang ajak gi lagi… memang tak ingat la trek tu.. melainkan kalau ada orang mark’kan jalan.. insyallah boleh bawak je sesiapa yang berminat nak gi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Take 5 6 7 kat junction.. Sampai sini NK dah kejung dahh… Nafas pun dah macam bunyi keretapi stim.. OK la kasi alasan faktor usia.. Dari junction ni kitaorang menuju ke Far East dulu.. lepas tu baru buat u turn panjat Xtreme pulak..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sepanjang trek sangat menarik.. banyak turun naik, tak sama macam panjat West & East. Pasal trek ni melalui kawasan hutan di lereng-lereng bukit tabuh.. view pun cantik.

Bukit Tabur Xtreme 6

Bukit Tabur Xtreme 8

Bukit Tabur Xtreme 9

Bila view cantik memang syok la snappy, selfie bagai.. Kitaorang yang sememangnya kaki selfie ni banyak abiskan masa ngan snap gambar jee.. sampai lupa masa berlalu dengan cepat.

Bukit Tabur Xtreme 10

Bukit Tabur Xtreme 11

Bila dah sampai kat area pematang Far East ni.. kena banyak berhati-hati, kat sini la semua orang kena jadi Spiderman.. banyak nak kena panjat weii.. siap kena lompat dari batu ke batu.. ko rasa tak givapp..?

Bukit Tabur Xtreme 13

Bukit Tabur Xtreme 14

Bukit Tabur Xtreme 16

Bukit Tabur Xtreme 17

Bukit Tabur Xtreme 18

Bukit Tabur Xtreme 19

View yang menarik sepanjang trek ke hujung Far East.. Oh yer NK pun tak sure puncak tertinggi Far East ni.. Yang NK tahu.. NK jalan sampai kat hujung pematang.. sampai jumpa puncak East.. Tapi trek tu takde la sampai ke puncak East.. pasal Far East dengan East ni berpisah dengan gaung kat tengah-tengah..

Bukit Tabur Xtreme 22

Tu dia Mak Lin and the geng pose bertapa dia tepian batu..

Bukit Tabur Xtreme 23

View yang menarik dari Far East.. View Dam Klang Gate..

Bukit Tabur Xtreme 24

Yang terbonjol tinggi tu puncak Tabur Extreme..

Bukit Tabur Xtreme 25

Bukit Tabur Xtreme 26

Bukit Tabur Xtreme 27

Ok time ni kitaorang dah sampai kat atas Tabuh Extreme.. cuma blom sampai puncak tertinggi dia lagi.. Masa ni dah petang pastu cuaca macam nak hujan.. guruh petir pun dah berdentum.. risau plak silap-silap ada yang kena panah petirr.. hehehehe… Dari sini kitaorang tinggalkan bag, pastu belenggang lenggang kangkong je menuju ke puncak tertinggi Extreme.. Makanye bila dah lenggang kangkung kemera pun takdee.. sedihh…. cuma dapat snappy guna handphone jeee… ok la tu kann..

Bukit Tabur Xtreme 28

Bukit Tabur Xtreme 29

Mampu buat-buat tido atas pokok..? ko ado.?

Kitaorang keluar balik sampai ke Kemensah dalam pukul 9 malam… ambik kau… tersasar jauh masanyee.. Tapi ok laa… syok apa trekking tengah malam.. lama dah tak wat keja gila cam ni.. Apa-apa pun semua selamat sampai tanpa ada sebarang tragedi.. Alhamdullilah grad juga NK akhirnya untuk koleksi Tabuh nii… 🙂

2 Comments for “Bukit Tabur Far East & Xtreme”

Leave a Reply to nawked Cancel reply