Asean Unity Run & Ride 2016

Hey korang..! Okey NK tertiba terexcited bila dapat tahu Asean Unity Run kembali untuk siri kedua pula.. Untuk siri yang pertama yang diadakan pada 19 Ogos 2015 yang lalu, bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur dan NK telah menyertai dalam katagori C-10Km Men’s Open.. dan dapat menamatkan larian dengan jayanya ke garisan penamat.. ala kita lari kedek-kedek je.. Tapi tu la.. NK tak berapa gemar lak lari kat Padang Merbok tu.. tak tahu la kenapa.. mungkin sebab banyak bukit kott.. hahaha.. OK abaikann..

Untuk siri kedua pada tahun ini, Asean Unity Run & Ride 2016 akan berlangsung pada 6 Novermber 2016 di Present 3, Dataran Putrajaya. Yeyyy! bukan lagi di Padang Merbok yer!! Nampak tak diorang pun tak suka lari kat Padang Merbok.. ahakss… OK NK gurau je ni.. tak salah pun Padang Merbok tu…

Katagori-katagori yang ada adalah seperti berikut:-

  • 10Km Men’s Open
  • 10Km Women’s Open
  • 10Km Men’s Veteran
  • 10Km Women’s Veteran
  • 5Km Fun Run
  • 5Km Stroller Run
  • 35Km Bike Fun Ride

So pilihlah dalam katagori mana yang korang rasa korang mampu.. Tapii.. masa NK dok mentelaah baca semua katagori ni.. NK teruja bila ada katagori 35Km Bike Fun Ride.. HoooHaaaa!!!.. Menurut penganjur, katagori berbasikal dimasukkan dalam acara kali ini kerana permintaan yang tinggi dari golongan belia muda macam NK 😛 .

NK tak pernah join memana acara berbasikal sebelum ni dan NK yakin.. yang NK hanya mampu berbasikal secara fun ride je.. Kalau nak suruh NK berbasikal sampai 100Km memang tak laa.. Dengan rasa tak bersalah ni.. NK terus register untuk Katagori 35Km Bike Fun Ride.. *Pitamm ngan perangai diri sendiri.

Ini lah rupa finisher medal untuk semua katagori tu nanti.. Cantik kan? Finisher Medal ni akan diberikan semasa korang sampai kat garisan penamat pada hari acara tersebut. So.. penat macam mana pun pastikan korang sampai gak kat garisan penamat.. Tak kira la walaupun terpaksa mengesott.. Kalau tak sia-sia korang bangun pagi tu.. Baik berselimut je atas katil sampai tengahari..

Kepada korang yang teruja jugak nak menyertai Asean Unity Run & Ride 2016.. tak kira lah korang nak berlari ke atau nak berbasikal lite-lite macam NK.. Korang bleh klik kat button bawah untuk pendaftaran dan maklumat yang lebih lanjut berkenaan acara ini.

Asean Unity Run & Ride 2016

 

Ok… Seperti tahun lepas Asean Unity Run & Ride 2016 ini dibawa oleh Aman Malaysia bersama-sama dengan UNICEF Malaysia dan akan melancarkan satu siri kempen serta ceramah berkenaan membangkitkan kesedaran, terutama di kalangan ibu bapa mengenai pentingnya vaksin kepada bayi dan kanak-kanak. Kempen ini akan bermula pada bulan September dan Oktober tahun ini nanti. Kempen ini juga atas kerjasama dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sesi ceramah dan soal jawab dengan orang ramai adalah dari pakar-pakar kesihatan dan agama.

Sebagai ibu bapa, ia adalah satu tanggungjawab untuk memastikan anak-anak kita mengambil vaksin untuk melindungi mereka daripada penyakit yang boleh dicegah seperti Polio, Measles, Tetanus, Difteria, Tuberculosis, Pneumonia, Hepatitis B dan lain-lain lagi penyakit. Malah, kita perlu memastikan anak-anak kita selamat dari penyakit-penyakit yang boleh mengancam nyawa mereka. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kehidupan hampir 3 juta kanak-kanak di seluruh dunia boleh diselamatkan setiap tahun dengan imunisasi vaksin ini.

Tu dia gigih NK tulis info pasal kempen yang akan dilancarkan pada hari itu nanti. NK sebenarnya nak tulis pasal keterujaan NK register katagori Bike Fun Run ni je.. tapi terus melalut pasal Polio la, Measles la, Tetanus la dan yang lain-lain tu. NK sendiri pun tak tahu penyakit kebenda tu semua.. haha.. Tapi OK la kan.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan kempen yang akan dilancarkan oleh Aman Malaysia tu nanti.. meh la join NK berbasikal di event Asean Unity Run & Ride 2016 sambil menikmati keindahan persekitaran di Putrajaya itu nanti.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Aman Malaysia sila ke:

Aman Malaysia

 

Ok laa.. jumpa korang kat Putrajaya nanti tao..!

#AURR16 #FitMalaysia #Unite4Children #VaccinesWork

Meh la komen..